Sunday 17 June 2012

Bercuti/Holiday


B I S M I L L A H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang

Cuti sekolah baru saja habis, tapi aku sibuk post pasal Bercuti. Untuk yang sudah mula belajar atau bersekolah, Selamat berjihad mencari ilmu, aku di sini cuti sampai bulan 9. Har Har Har. Bila kita sebut pasal cuti mesti orang selalu kaitkan dengan pergi bercuti atau melancong. Eh kejap, Melancung ke Melancong? Okay HOLIDAY, lagi senang. Aku memang suka pergi Holiday, even just thinking of it can make me smile. I just love everything about holiday. Ye lah, kita dapat keluar dari ‘kesibukan’ seharian, dan pergi menjelajah tempat-tempat yang belum pernah kita pergi. Cuba menu makanan yang baru, tengok budaya setempat orang lain. 

Kalau bercuti dengan keluarga, Highlight yang aku nanti-nantikan adalah tempat penginapan. Tak tahu kenapa, aku obses dengan Hotel. Dalam keturunan mungkin. Jadi, setiap kali bercuti aku akan Tanya ayah aku Hotel mana kita nak duduk. Aku tak kisah Hotel  1,2,3,4,5 Bintang, asalkan ianya Hotel sebab saya Onggile. Sesetengah orang, cara mereka bercuti lain.

"not all people can travel together even if you are good friends".

It’s the truth, not all people can travel together, even if you’re best friends because everyone have their own tastes and their own definition of perfect Holiday. Berdasarkan apa yang aku faham, Terdapat beberapa jenis atau kumpulan orang yang pergi Melancong ni, Kumpulan-kumpulan tersebut ialah ..


1.       Orang yang sukakan Kemewahan

Golongan ini kalau boleh nakkan Kemewahan ketika bercuti, maksudnya penginapan kalau boleh Hotel 5 Bintang, Berjalan mesti ke tempat yang mewah-mewah, makan makanan yang mahal dan lain-lain.



2.       Orang yang sukakan lasak (Backpacker Style)

Golongan ini tidak mementingkan keselesaan atau style sangat, Objektif utama mereka ialah untuk mengumpul sebanyak mungkin pengalaman dan gunakan masa bercuti sebaik mungkin. Camping atau Berkhemah sudah menjadi kebiasaan.



3.       Orang yang bercuti jaga Bajet.

Hotel budget apek di tengah Bandar menjadi pilihan, No fancy restaurants or arranged tours because it blows the budget.



4.       Orang yang bercuti tapi macam tak bercuti

Yang ini unik sikit, mereka pergi bercuti tapi malas nak ambil kesempatan itu untuk keluar berjalan-jalan, mereka lebih selesa berada di tempat penginapan atau di tepi swimming pool kerana mereka hanya mahu Berehat.

5.       Orang Skema Bercuti

Everything needs to be planned, Mereka jenis yang mahu semuanya dalam kawalan dia, Pukul 1 pergi ke sana, pukul 3 mesti ke sini, Pukul 4 balik mandi. Mungkin dah terbiasa dengan kerja seharian, Travel Agency is a must.


6.       Orang yang suka mengambil peluang.

Golongan ini lebih kurang macam yang no. 3 , mereka perlu jaga bajet, tapi dalam masa menjaga bajet ada kebaikan yang mereka dapat, contohnya mereka tak mahu  menginap di Hotel, jadi mereka cuba  untuk mencari saudara-mara yang terdekat supaya boleh menumpang rumah untuk beberapa hari. At the same time, Merapatkan hubungan !




Now, Which one are YOU? Atau kalian jenis yang bercampur-campur golongan? For me, secara jujurnya aku suka Kategori yang no. 2, Means that unexpected things can happen, tapi malang sekali aku belum pernah backpacking dan pergi ke mana yang aku nak. Setakat ini  aku Cuma bercuti dengan keluarga, bercuti dengan keluarga aku seronok sikit, sebab dia campuran 2 Golongan, No. 1 & No. 2, kami mahukan rasa kemewahan tapi kena jaga bajet. Hotel setakat 3-4 Bintang, Restoran tepi jalan atau yang ramai orang selalu pergi dijadikan pilihan and a whole lot of Lepaking. Keluarga aku jenis malas nak berjalan sangat.

Whatever yourstyle is, Besederhanalah dan niat melancong untuk lakukan sesuatu yang baik, Barulah jadi Ibadat.


Peace.

2 comments:

  1. aku pun suka no.2 sbb klu melancong, aku nk rasa semua benda...so aku lebih rileks, tak kalut2 and takde planning2 bagai mcm no.5...agak tertekan...hihi~~tapi tak dpt lagi merasainya lagi...maybe one day...
    btw...nice post...

    ReplyDelete