Monday 11 June 2012

Hasil Usaha


(Perhatian : Bahasa yang digunakan agak ‘BAKU’ kerana mahu mengelakkan kekeliruan)

B I S M I L L A H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang


Helo semula pembaca sekalian,  kali terakhir post di Blog ini sibuk mem-Promote Janda Baik, Maklumlah, kali pertama ke sana. Bukan selalu aku ke hutan yang penuh dengan pokok-pokok, aku Cuma biasa ke Hutan Konkrit dan ia bukanlah sesuatu yang aku banggakan. Okay, move on to my current life, Kalau tak nak tahu sila scroll ke bawah. Sekarang aku sibuk dengan tugasan seharian aku yang boleh dikatakan padat untuk orang yang bergelar STUDENT seperti aku, Malam aku tidur, siang aku makan, Tengok TV, Online, dan Malam menjelma aku tidur balik. Padat bukan? PAAAADAAAAATT SANGAAAATTTT. Insyaallah, aku akan cari kerja untuk penuhkan masa-masa yang terluang, Lebih elok kalau aku gunakan tenaga muda aku ini untuk membantu membangunkan ekonomi Negara aku daripada duduk di rumah menternak Lemak.


Post kali ini, berdasarkan tajuk di atas, aku nak tunjukkan semua hasil kerja aku Sepanjang Di UIA. Bukanlah niat di hati untuk menunjuk apatah lagi untuk riak. Oh tidak, jauh sama sekali, Kerana kalau nak dibandingkan hasil kerja aku dengan student-student UIA yang lain Bak kata orang ‘Jauh panggang dari api’ , Entah betul atau tidak penggunaan Peribahasa tersebut dalam situasi ini aku pun tak tahu.

Kenapa aku nak tunjuk hasil kerja aku?

Tidak ada sebab yang utama, Cuma aku mahu berkongsi secebis pengalaman dari kehidupan aku. Cuma aku mahu ingatkan kepada kalian, Hasil kerja aku ni bukanlah Cantik sangat, so, Please be nice to me. Mohon tidak kutuk habis-habisan.

SO, HERE IT GOES,

*Klik gambar untuk Resolusi yang lagi Gempak ke bebeyh

PROJECT  1


Gambar pertama ini merupakan Projek pertama aku waktu Semester 3, Dari jauh memang Nampak kemas, kalau tengok dengan lebih dekat. Hanya tuhan sahaja yang tahu, Sebab itulah aku ambil gambar jauh-jauh, Nampak tak permainan di situ?

Move on to Next Project,

PROJECT  2




Ini merupakan Projek ke-2 , kami diberikan tugasan untuk mencipta pergerakan atau Morphosis dengan menggunakan Mounting Board, Setakat ini, aku rasa projek inilah yang paling perit kerana kerja yang melibatkan mewarna menggunakan Warna PELAKA. Ya, pelaka bukan cilake mahupun celaka.

To The next Project ! 

PROJECT  3




Tadaaaaaa ! Project 2, Lupa nak bagitau, Setiap projek juga memperuntukkan kami untuk menyediakan Presentation Board, ala-ala mempromosikan produk kami Giteww. Gedik sebentar, maaf.  Jadi projek 2 jujur aku katakana aku tak puas hati, sebab kalau dibandingkan dengan orang lain, memang aku punya simple. Orang lain rumit dan unik. Tapi Alhamdulillah, tak Fail. Cuma tak berapa bagus.

AYUH KE PROJEK SETERUSNYA !

PROJEK  4 (ED)

Untuk Projek 4 ini speSIAL sikit, sebab ada dua, Satu projek untuk subjek ENVIRONMENTAL DESIGN (ED) dan lagi satu Projek untuk subjek GRAPHIC COMMUNICATION (GC) . Mulakan dengan ED dulu,





Voila ! Inilah projek 4 , projek terakhir untuk subjek ED, masa buat projek ni sumpah tak cukup tidur, Semua masa dan tenaga difokuskan untuk menyiapkan Projek ni, sampai saat terakhir submission date pun kitorang masih sibuk menyiapkan benda alah ni.

Sekarang kita tengok Projek 4 untuk GC plak,

PROJEK 4 (GC)



Mula-mula sekali, aku nak perkenalkan kalian Technical Pen, bagi sesiapa yang tak kenal la. Siapa yang dah kenal tu, mesti rindukan mereka kan?  1st thing about Techincal Pen that you have to know is that, when you’re using it, you have to be super extremely wonderfully awesomely bangang CAREFUL. Sebab benda ni kalau silap sikit memang naya dunia akhirat, comot kertas dan ianya permanent. Satu-satunya  cara untuk padam benda ini, adalah dengan mengikis kertas tersebut. Oh lupa, kertas yang digunakan bukan seperti kertas A4 biasa, ianya Kertas Tracing paper. Tebal dan Mahal.

Okay, move on. Untuk Projek 4 GC ini kitorang kena lukis surau dari berbagai sudut , Banyak jugak lah sudut-sudut yang kami perlu lukis. Dan ianya tidak berhenti setakat itu sahaja, selepas kami siap lukis kami perlu membuat Presentation board untuk setiap lukisan-lukisan itu, Bajet macam kitorang ni arkitek yang ingin mempromosikan Idea kitorang lah.

Inilah hasil-hasil kerja tersebut, Enjoicee

ROOF PLAN




FLOOR PLAN & SECTION 





FRONT & LEFT ELEVATION





1 & 2 POINT PERSPECTIVE




And Finally, ISOMETRIC.





Btw, nama surau aku SURAU AL-HIDAYAH, nothing special.  There you go, semua kerja-kerja aku. Personally aku memang tak mampu buat semua ini tanpa sokongan dan dorongan Lecturer dan kawan-kawan aku. Untuk Bro RAFAEI dan Bro RAHMAN, terima kasih banyak-banyak atas ilmu yang dicurahkan, komen yang diberikan, Idea yang disuntikkan . Hanya Allah yang mampu balas jasa kalian. To my friends, YOU’RE THE BEST ! Enough said.


Sekarang, aku masih menunggu surat tawaran dari UIA GOMBAK, harap-harap dapat.





Peace.










2 comments: