B I S M I L L A H
Dengan Nama Allah
Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang
Cuti sekolah baru saja habis, tapi aku sibuk post pasal
Bercuti. Untuk yang sudah mula belajar atau bersekolah, Selamat berjihad
mencari ilmu, aku di sini cuti sampai bulan 9. Har Har Har. Bila kita sebut
pasal cuti mesti orang selalu kaitkan dengan pergi bercuti atau melancong. Eh
kejap, Melancung ke Melancong? Okay HOLIDAY, lagi senang. Aku memang suka pergi
Holiday, even just thinking of it can make me smile. I just love everything
about holiday. Ye lah, kita dapat keluar dari ‘kesibukan’ seharian, dan pergi
menjelajah tempat-tempat yang belum pernah kita pergi. Cuba menu makanan yang
baru, tengok budaya setempat orang lain.
Kalau bercuti dengan keluarga, Highlight
yang aku nanti-nantikan adalah tempat penginapan. Tak tahu kenapa, aku obses
dengan Hotel. Dalam keturunan mungkin. Jadi, setiap kali bercuti aku akan Tanya
ayah aku Hotel mana kita nak duduk. Aku tak kisah Hotel 1,2,3,4,5 Bintang, asalkan ianya Hotel sebab
saya Onggile. Sesetengah orang, cara mereka bercuti lain.
"not all people
can travel together even if you are good friends".
It’s the truth, not all people can travel together, even if
you’re best friends because everyone have their own tastes and their own
definition of perfect Holiday. Berdasarkan apa yang aku faham, Terdapat
beberapa jenis atau kumpulan orang yang pergi Melancong ni, Kumpulan-kumpulan
tersebut ialah ..
1.
Orang yang sukakan Kemewahan
Golongan ini kalau boleh nakkan Kemewahan
ketika bercuti, maksudnya penginapan kalau boleh Hotel 5 Bintang, Berjalan
mesti ke tempat yang mewah-mewah, makan makanan yang mahal dan lain-lain.
2.
Orang yang sukakan lasak (Backpacker Style)
Golongan ini tidak mementingkan keselesaan
atau style sangat, Objektif utama mereka ialah untuk mengumpul sebanyak mungkin
pengalaman dan gunakan masa bercuti sebaik mungkin. Camping atau Berkhemah
sudah menjadi kebiasaan.
3.
Orang yang bercuti jaga Bajet.
Hotel budget apek di tengah Bandar menjadi
pilihan, No fancy restaurants or arranged tours because it blows the budget.
4.
Orang yang bercuti tapi macam tak bercuti
Yang ini unik sikit, mereka pergi bercuti
tapi malas nak ambil kesempatan itu untuk keluar berjalan-jalan, mereka lebih
selesa berada di tempat penginapan atau di tepi swimming pool kerana mereka
hanya mahu Berehat.
5.
Orang Skema Bercuti
Everything needs to be planned, Mereka
jenis yang mahu semuanya dalam kawalan dia, Pukul 1 pergi ke sana, pukul 3
mesti ke sini, Pukul 4 balik mandi. Mungkin dah terbiasa dengan kerja seharian,
Travel Agency is a must.
6.
Orang yang suka mengambil peluang.
Golongan ini lebih kurang macam yang no. 3
, mereka perlu jaga bajet, tapi dalam masa menjaga bajet ada kebaikan yang
mereka dapat, contohnya mereka tak mahu
menginap di Hotel, jadi mereka cuba
untuk mencari saudara-mara yang terdekat supaya boleh menumpang rumah
untuk beberapa hari. At the same time, Merapatkan hubungan !
Now, Which one are YOU? Atau kalian jenis yang
bercampur-campur golongan? For me, secara jujurnya aku suka Kategori yang no.
2, Means that unexpected things can happen, tapi malang sekali aku belum pernah
backpacking dan pergi ke mana yang aku nak. Setakat ini aku Cuma bercuti dengan keluarga, bercuti
dengan keluarga aku seronok sikit, sebab dia campuran 2 Golongan, No. 1 &
No. 2, kami mahukan rasa kemewahan tapi kena jaga bajet. Hotel setakat 3-4
Bintang, Restoran tepi jalan atau yang ramai orang selalu pergi dijadikan
pilihan and a whole lot of Lepaking. Keluarga aku jenis malas nak berjalan sangat.
Whatever yourstyle
is, Besederhanalah dan niat melancong untuk lakukan sesuatu yang baik, Barulah
jadi Ibadat.
Peace.
aku pun suka no.2 sbb klu melancong, aku nk rasa semua benda...so aku lebih rileks, tak kalut2 and takde planning2 bagai mcm no.5...agak tertekan...hihi~~tapi tak dpt lagi merasainya lagi...maybe one day...
ReplyDeletebtw...nice post...
macam bodoh je...
ReplyDelete