Thursday 23 August 2012

Kisah Ramadhan & Eid


B I S M I L L A H



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang




Fuh ! Pergh ! Tiup-tiup ! Apasal banyak sangat sarang lelabah dekat Blog ni ?! Pergi cari tempat lain nak buat rumah, menyebok. Hi semua, lu semua mesti rindu nak baca blog guwa kan ? Lama guwa tak update, biasalah. . Guwa penganggur terhormat di rumah. Mana ada masa nak update blog-blog ni.

Perasaan gian nak update Blog tu dah lama hilang, Guwa pun tak tahu dia lari ke mana, dicarinya tak jumpa, Tapi ada satu benda guwa nak cerita kat lu orang. Eksaited guwa nak tulis blog pasal benda ni.
Untuk scene ni, lu baying suasana tahun 2005-2006. Haa, eksaited sangat guwa nak menulis sampai typo ‘bayang’ jadi ‘baying’. Tak kesah, lu bayingkan je lah.

Begini flashback guwa. . .

Waktu kekecik dulu, Darjah 5 cenggitu, Guwa lah manusia yang paling seronok bila Raya dah dekat. Waktu raya dedulu dengan sekarang lain beb. Dedulu seronok gila bila time raya,  Kalau raya dah dekat tu Semua budak-budak boleh eksaited, sampai ada yang kena sawan.

Okay, Tak ada lah macam tu sangat, guwa bergurau je. Yang lu berkerut-kerut dahi nak tarik muka serius sangat apahal?

Stret to de poin , Waktu kekecik banyak benda yang boleh jadikan alasan untuk bersuka-ria di hari Raya.

  •       Cukup puasa dapat duit dari mak/ayah
  •        Hari raya dapat duit Raya lagi
  •        Dapat Kad raya dari kengkawan/kerash (crush)
  •       Balik kampong seronok gila



Dunia dah berubah, guwa cakap serius ni. Guwa pun tak tahu bila dunia ni berubah, sedar-sedar guwa dah tumbuh janggut, dulu tak ada pon. Guwa confuse ! Guwa di mana sekarang ! (Gosok-gosok mata, garu-garu bontot)

Sekarang, bila cukup puasa guwa mana ada dapat duit dah, Hatta satu sen pun tak diberi. Dedulu satu hari puasa dapat 1 Ringgit, sekarang puasa satu hari dapat pelempang.

Guwa tak habis cerita lagi, Lu ni suka sangat buat konklusi terburu-buru, Guwa  Dapat pelempang kalau tak solat masa puasa.

Lu semua bayingkanlah,  Puasa & raya ni lubuk rezeki guwa waktu dedulu. Waktu ni lah guwa jadi akauntan sementara. Pantang ada masa  je guwa mesti kira duit, nak balik Kampung waktu raya dok kira duit kat seat belakang. Bajet Big boss sekejap, Inche ayah bawak kereta jadi driver. Guwa multi-billionaire businessman, duit RM 1 segenggam punya banyak. Padahal baru berapa ringgit, tebal je lebih. Drama King. Bila Raya pun dapat duit raya lagi, seronok jadi budak kecik, dalam poket bersampul-sampul duit raya. Kekadang terpaksa tukar baju melayu. .

Tak cukup poket,


Lagi satu bab Raya ni yang best, Ucapan kad raya semua dapat secara manual. Sama ada lu rajin nak ucapkan sendiri ataupun kalau ada duit lebih lu semua beli, KAD RAYA ! Kan? Guwa kalau bab kad raya ni seronoknya kemain,


Tiap-tiap hari berpayung depan tong sampah, Guwa bukan pengotor. .  bukan apa, dah peti surat atas Tong sampah, arkitek bangang mana lah pergi design peti surat macam tu. Guwa pun pasrah & Redha je lah dengan ketentuan Ilahi. Kalau dengar bunyi ekzos motor dari dalam rumah, cepat-cepat guwa keluar rumah. Bajet nak amik sendiri dari abam posmen, sekali keluar abam Putu Mayam. Cilake sungguh.  Masa raya jugaklah kau nak jual putu mayam kan? Guwa terbalikkan motor lu baru tau, tak dapat nak bagi anak bini makan (Kesat air mata, suara sedih)


Kalau dah nama pun Raya, mestilah balik kampong kan? Takkan pergi sekolah pulak. Guwa memang syok gila bila balik kampong waktu kekecik dulu. Tak payah nak risau jam ke, Lambat ke, Ngantuk ke. Yang guwa tau, guwa rileks dekat seat belakang air cond menghadap guwa.  Bila berhenti isi minyak, wajib masuk kedai beli cikedis, Tapi inche ayah selalu suruh kongsi kalau beli cikedis, membazir katanya, tapi guwa kedekut sikit, Guwa beli je 2 paket cikedis. Tapi guwa tunggu adik-beradik semua tidur dulu, baru guwa bukak makan sorang-sorang.  Nikmat tidak terkata, sampai terjilat-jilat cushion kereta dek debu cikedis jatuh. Macam bebal pun ada perangai guwa. .


Tapi itu semua tinggal kenangan, sekarang Raya lain dah. Guwa dah dewasa, dada dah berbulu, ketiak dah berbulu, dagu dah berbulu , dalam hidung dah berbulu, semua nak berbulu lah. Berbulu gua dengar.
Tapi, satu hari masa Puasa tahun 2012, Guwa tetiba rasa nak bangkitkan balik kenangan lama. Bukan yang part duit raya tu, Tapi KAD RAYA. Maka terciptalah . . .




Masa mula-mula cipta benda ni, Guwa ingat tak ramai yang sapot. Ye lah, dengan perkembangan teknologi, Sms ada, Fesbuk, Twitter, Skaip, Watsep, Viber, Yahu mesenjer, Bi Bi Em. Manalah ada orang nak pandang idea guwa ni.

“Mesti semua ingat benda ni kolot, takpun diorang ingatkan guwa ni nak cari publisiti murahan”

Inilah yang gua pikir bila buat benda ni, Tapi rupanya sambutan dia hangat gila, kalah hangat Tahi ayam yang baru keluar. Semua pakat masuk group yang guwa buat dekat Facebook,



Ahli member mencecah 100++ beb, Guwa terharu gila (Kesat air mata) , Kesat air mata bukan sebab terharu, guwa kesat air mata sebab gua kena hantar kad Raya dekat  100++ umat manusia.  Sedih gila hidup guwa, umpama keluar mulut buaya, masuk mulut singa.

Tapi guwa pikir positif , biarlah guwa merana tulis kad raya asalkan guwa dapat merasa balik suasana raya yang guwa dapat dulu. Jadi guwa habiskan lebih kurang seminggu nak tulis kad raya. Guwa beli habis semua bekalan Kad & Setem-setem.





Nak dipendekkan cerita, Seminggu sebelum raya Guwa dah start mengepos semua Kad-kad yang siap ditulis. Sekarang tinggal nak tunggu balasan kad orang lah. Jadi benda sama yang terjadi dulu masa guwa kekecik dulu,  Berpayung tepi tong sampah.

Lebih kurang 2-3 hari dah nak raya baru sampai Kad raya pertama dari orang, Seronok tak terkata guwa. Bisu seminggu.

Lepas balik dari kampong, Satu bundle Kad Raya sampai

Terima Kasih Banyak-banyak !

Dalam hati guwa hanya bersyukur je lah projek Kad Raya ni menjadi, takdelah guwa syok sendiri hantar Kad sorang-sorang ye dak? Member-member dalam group pun saling hantar menghantar kad raya. Feedback pun banyak yang positif, Suasana Raya semasa Darjah 5-6 dapat dirasa kembali.

Ahad lalu Raya, Guwa balik kampong Kubang Kerian, Kelantan. Balik kampong sekarang guwa pulak yang jadi Driver. Memang seronoklah beraya di kampong, feelnya lain.  Kalau beraya kat rumah sendiri, sah-sah lepas sembahyang raya guwa mesti menghadap Tv. Tengok Kpop Raya. Beraya kat kampong memang tak ada masa nak rehat, Tiap-tiap hari pergi jenguk sedara-mara. Dapat usya kezen-kezen yang kiut.

Where's waldo ?


Dalam kesempatan ini guwa nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semorang, Kalau ada salah & Silap yang guwa buat, Mohon diampunkanlah. Guwa pun manusia biasa, guwa bukan kucing buat kiut miut baik-baik selalu.


Moga Ramadhan yang kita lalui dapat mengubah kehidupan kita, Janganlah jadi jahil selalu ya. Guwa dan Lu semua bakal jenazah. Jadi buatlah perangai macam bakal Jenazah.

Cahaya Iman. Hiks









Be the change you want to see in the world




2 comments:

  1. Hahahaha gelak guling2 iika bile bace blog abg lawak r... Btol ika pon sonok 1st time dpt kad raye dri ex segar hahaha slalunye dpt dri prmpuan je hahaha

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete