***********************************************
Aku merupakan seorang peminat bola sepak yang tegar
, Kalau boleh , tiap-tiap hari aku nak tengok bola
, Namun begitu , Pada perlawanan antara Manchester United dan Manchester City aku rasa begitu hangin
, ini kerana , Manchester United telah dibelasah 6-1 , pada mulanya aku agak terkejut
, namun aku gagahkan diri
, Memang tidak boleh dinafikan , banyak kutukan yang aku terima dari sahabat handai
, Aku menjadi semakin stress
, Tetapi aku berjaya redakan stress itu dengan melakukan banyak latihan Matematik tambahan
, Perasaan aku bertambah reda apabila mengetahui bahawa Chelsea tumpas kepada QPR
, lebih menggembirakan hati apabila mengetahui ramai pemain Chelsea dikenakan kad kuning
, Drogba turut dikenakan kad merah
. Perasaan gemuruh aku tak terhenti di situ , aku sebenarnya sedang menunggu keputusan peperiksaan semester pertama aku
, aku takut dan gementar apabila memikirkan tentang keputusan itu
, lebih-lebih lagi subjek arab
, Dahulu Ustaz Bahasa Arab aku sudah memberi amaran beberapa kali tentang prestasi arab aku
, Namun aku buat bodoh sahaja
, Perangai ini akhirnya memakan diriku
, Pejam celik pejam celik , peperiksaan akhir semester semakin dekat
, Aku masih tidak bersedia dari segi mental dan fizikal pada ketika itu
, Mengulang kaji pelajaran hingga lewat malam aku amalkan
, walaupun keesokan harinya ada peperiksaan , tapi... apakan daya
. Aku berjaya mengharungi peperiksaan itu dengan sebaik mungkin
, Cuti sebulan berlalu begitu sahaja , kini , keputusan sudah diuploadkan oleh pihak UIA , namun server-nya sering down
, Dengan kesabaran yang jitu , aku akhirnya dapat melihat keputusan aku
, Secara jujurnya keputusan aku tidaklah sebaik kawan-kawan aku di UIA
, namun aku puas hati kerana aku telah berusaha keras
, semasa aku menduduki peperiksaan SPM pun aku tidak berusaha sebegini keras
. Tidak lama lagi , aku akan memulakan semester aku yang ke dua
, Aku harapkan yang terbaik untuk kawan-kawan aku dan diri ku sendiri
, Kehidupan tanpa cukup tidur aku akan bermula sekali lagi
, selamat tinggal katil yang empuk
, selamat tinggal televisyen berkabel
, walaupun kedengaran seperti aku tidak mahu pergi , tetapi aku sedar , ini untuk kebaikan aku sendiri
, bak kata peribahasa
, Berakit-rakit ke hulu berenang ke tepian , Bersusah-susah dahulu , Bersenang-senang kemudian
.



































Sekian,
haha comel je.
ReplyDeleteVery creative.... Good one. And good luck for next semester.
ReplyDelete