Wednesday 2 November 2011

Pengorbanan (entry Aidiladha)

Bangun pagi 1 November 2011 , terus tak ada mood , memang tak boleh dinafikan bahawa tarikh tersebut amatlah molek untuk melakukan sesuatu yang bermakna , supaya senang ingat peristiwa tu kan? kan?  Tapi aku tak ada mood sebab hari tu aku kena daftar balik ke Universiti aku, Pagi tu agak semangat la sebab baju dan semua benda-benda dah siap pack . Sebab tu lah dah lama x update blog.

*******************************************************

Stop cerita pasal aku , aku tahu ramai yang tengah ada mood Hari Raya Aidiladha , tak sabar nak buli lembu ye yop? HAHAH, Dalam keseronokan kita menyambut lembu tumbang tu , kita sebenarnya faham tak apa sebenarnya yang Allah ingin sampaikan melalui perayaan Aidiladha?



Hari Raya Aidiladha disambut utuk memperingati Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. di mana Nabi Ibrahim diuji dengan mendapat mimpi bahawa Allah menyuruhnya untuk menyembelih putera kesayangan dia iaitu Nabi Ismail , ujian ini diberi kepada Nabi Ibrahim untuk melihat sejauh mana kekuatan imannya dalam mengikut segala perintah Allah. Seperti yang semua orang tahu , Nabi Ismail x kena sembelih pun , Allah menggantikan Nabi Ismail dengan Kibas yang berlemak,montok dan sedap dimakan.

BESAR kan ujian Nabi kita?

Lihat pengorbanan Nabi Ibrahim , dia sanggup menyembelih anak dia kerana Allah.

Lihat pula diri kita , apa pengorbanan terbesar kita kepada Allah?

"Aku bangun subuh tiap-tiap pagi"
"Aku cukup solat 5 waktu"
"Aku puasa waktu Ramadhan"
"Aku jaga batas aurat"

Kalu setakat ni lah pengorbanan kita untuk Allah , tutup muka je ah, kenapa aku cakap camtu ? Memang benda-benda tu baik , tapi cuba kau bandingkan dengan orang lain , bila kita bercakap hal akhirat dan ibadat , bandingkanlah diri kita dengan ulamak dan ahli-ahli ibadat . Lihat betapa besar 'GAP' kita dalam hal-hal ibadat.

Bila kita bercakap hal dunia , kita bandingkan diri kita dengan orang yang lebih kurang daripada kita , maksud aku , kalau selama ni kita idamkan pemain mp3 player yang mahal-mahal , kita tengok orang bawah kita yang tak ada duit nak makan . Kita idamkan kereta yang mahal sedangkan kita sudahpun ada kenderaan , tengok orang bawah kita yang x mampu beli basikal pun untuk anak dia.

Sempena Hari Raya Korban ni, kita banyakkanlah bersedekah , Kalu buat kenduri tu , ajaklah orang yang x bernasib baik , buat apa ajak Datuk-datuk dan Datin-datin yang mampu makan lamb chop hari-hari tu.? 


Dah, aku nak tido , nak mimpi makan lamb chop.

p/s : ada tersilap info tadi, 

No comments:

Post a Comment