Friday 28 October 2011

Challenge accepted

Di awal pagi ni , aku mencabar diri sendiri , buat karangan merapu beserta emoticons animasi yang sesuai ,

***********************************************

Aku merupakan seorang peminat bola sepak yang tegar , Kalau boleh , tiap-tiap hari aku nak tengok bola, Namun begitu , Pada perlawanan antara Manchester United dan Manchester City aku rasa begitu hangin, ini kerana , Manchester United telah dibelasah 6-1 , pada mulanya aku agak terkejut, namun aku gagahkan diri, Memang tidak boleh dinafikan , banyak kutukan yang aku terima dari sahabat handai , Aku menjadi semakin stress, Tetapi aku berjaya redakan stress itu dengan melakukan banyak latihan Matematik tambahan, Perasaan aku bertambah reda apabila mengetahui bahawa Chelsea tumpas kepada QPR, lebih menggembirakan hati apabila mengetahui ramai pemain Chelsea dikenakan kad kuning, Drogba turut dikenakan kad merah. Perasaan gemuruh aku tak terhenti di situ , aku sebenarnya sedang menunggu keputusan peperiksaan semester pertama aku, aku takut dan gementar apabila memikirkan tentang keputusan itu, lebih-lebih lagi subjek arab, Dahulu Ustaz Bahasa Arab aku sudah memberi amaran beberapa kali tentang prestasi arab aku , Namun aku buat bodoh sahaja , Perangai ini akhirnya memakan diriku , Pejam celik pejam celik , peperiksaan akhir semester semakin dekat  , Aku masih tidak bersedia dari segi mental dan fizikal pada ketika itu , Mengulang kaji pelajaran hingga lewat malam aku amalkan , walaupun keesokan harinya ada peperiksaan , tapi... apakan daya  . Aku berjaya mengharungi peperiksaan itu dengan sebaik mungkin , Cuti sebulan berlalu begitu sahaja , kini , keputusan  sudah diuploadkan oleh pihak UIA , namun server-nya sering down    ,  Dengan kesabaran yang jitu , aku akhirnya dapat melihat keputusan aku ,  Secara jujurnya keputusan aku tidaklah sebaik kawan-kawan aku di UIA , namun aku puas hati kerana aku telah berusaha keras , semasa aku menduduki peperiksaan SPM pun aku tidak berusaha sebegini keras. Tidak lama lagi , aku akan memulakan semester aku yang ke dua , Aku harapkan yang terbaik untuk kawan-kawan aku dan diri ku sendiri, Kehidupan tanpa cukup tidur aku akan bermula sekali lagi, selamat tinggal katil yang empuk, selamat tinggal televisyen berkabel , walaupun kedengaran seperti aku tidak mahu pergi , tetapi aku sedar , ini untuk kebaikan aku sendiri , bak kata peribahasa , Berakit-rakit ke hulu berenang ke tepian , Bersusah-susah dahulu , Bersenang-senang kemudian .






Sekian,
 

2 comments:

  1. Very creative.... Good one. And good luck for next semester.

    ReplyDelete