Saturday 9 February 2013

Sabah Bhaaa 1.0


BISMILLAH





“ Beberapa minit sebelum post ni dicipta, petikan gitar dari Sungha Jung telahpun memenuhi ruang tamu. Lagu Creep dari kumpulan Radiohead tapi dimainkan menggunakan gitar. Genius betei Sungha Jung “



Selamat tahun baru cina! Bagi mereka yang menyambutnyalah. Buat penganut agama yang lain, selamat menikmati cuti yang sementara ni, lain orang lain caranya menghabiskan waktu cuti. Aku? Dengan laptop & TV


“Tak adventure lah gitu!”


Tak adventure tok mung, apa kau ingat nak adventure tak pakai duit ke, aku tengah pokai ni. Cuti yang berbaki 2 hari biarlah aku habiskan kat rumah. Duduk di Universiti pakai duit jugak, kat rumah semua free. Tak ada anasir-anasir jahat yang akan mengajak aku ber-bowling, tengok wayang, keluar jenjalan kalau di rumah. Lagipun aku rasa aku dah cukup adventure beberapa minggu yang lepas, sebabnya tanggal 23 Januari 2013 aku telah menjejakkan kaki aku ke Sabah, negeri di bawah bayu ! *insert lagu negeri Sabah*



Jadi, Sabah. Buat mereka yang gagal dalam geografi macam saya, for your information Sabah tu bahagian ‘kepala’ dalam peta Malaysia ya, bukan ‘badan’ dia.  Memang dari dulu hati ni meronta-ronta nak ke Sabah, kononnya boring dah jenjalan kat semenanjung Malaysia, nak jugak rasa angin Sabah kan? Dari dulu lagi aku tak habis-habis meroyan dekat Encik ayah dan Cik mama, meroyan tentang Sabah & Sarawak, akhirnya diberikan juga rezeki.  Enough muqadimah, kita lompat terus part ‘Adventure’ nya.



DAY 1

Perjalanan bermula pada hari . . .(tengok calendar  laptop). . .  Rabu! Ya, hari Rabu yang indah lagi mendung. Perjalanan menuju ke KLIA disambut oleh hujan renyai-renyai, hujan rahmat kot. 

*Insert lagu Rahmat ekamatra*

Flight yang telah di-booked oleh encik Ayah dijadualkan berlepas pada belah malam. Pukul 10 kalau tak silap. Tapi macam biasalah, procedure kalau nak naik kapal terbang ni, kalau flight dalam Negara, mesti dating 3 jam awal sebelum flight so that kalau ada perubahan senanglah nak adjust. Kau jangan buat hal bertolak setengah jam sebelum flight. Itu tebiat namanya, memang nak kena pelempang dek tangan berotot ni.

Muka excited tak pernah pegang tiket flight.
Syukur segalanya berjalan dengan lancar, kami semua selamat sampai di KLIA. Selepas check in bag-bag kami, dan juga check in 4square, Lulz. Maka bermulalah pernantian yang menyeksakan. Untuk pengetahuan kalian aku ada masalah jetlag atau bahasa ibundanya Mabuk Udara. Kalau boleh ke Sabah naik sampan, memang dah lama aku naik sampan. Kalau boleh aku memang nak elak naik kapal terbang, bukan penakut, tapi mabuk.  


Sebelum naik kapal terbang alah ni, semua petua aku guna. Elak makan makanan yang memualkan, makan ubat, dan minum ENO perisa halia, tak tahulah petua ke tidak tapi rasa halia memang boleh hilangkan rasa pening :/


A few hours of waiting, and then we’re off to Sabah, beribu kilometre dari paras laut. Rasa macam superman, superman mabuk udara. Naik flight waktu malam ada pros & cons dia, pros dia kita boleh tidur sepanjang perjalan, tak lah boring menunggu. Nak berjalan ke mana pun kalau dok atas kapal terbang, bilik air? Cons dia tak boleh tengok pemandangan dekat luar, semuanya hitam. Racist betul.


FEW HOURS LATER. .
(Suara dalam spongebob tu)


Kami selamat sampai di lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu, and surprisingly, aku tak muntah.  Tahniah kepada diri sendiri, good sapik. Kami semua sampai dalam pukul 1 lebih, malam tu kami semua tumpang rumah saudara sekejap. Esoknya barulah ke hotel nokhorom lawa. 



DAY 1.5

Malam yang pendek, literally, sebab Subuh di Sabah awal berbanding semenanjung, pukul 5 dah Subuh. Tapi sebab excited punya pasal memang tadak hal. Aku bangun pagi macam dah tidur sepanjang malam. Dipendekkan cerita, kami semua bertolak ke Resort. Pung pang pung pang dah sampai.


Magellan Sutera harbour Resort


One word ladies & gentleman, lawanokhoromnatebeghukseriusbakhang. Sumpah lawa, Pantai jernih, angin sepoi-sepoi bahasa, design resort yang unik, pelancong yang seksi. Eh


Sepanjang hari, encik ayah bercadang untuk rehat saja di resort ni, memandangkan semuanya masih letih dek penerbangan lewat malam dan tidur yang tak cukup. Kalau berjalan pun tak bertenaga. Tapi dengan pemandangan yang indah sebegini rupa, aku duduk resort sepanjang 3 hari bercuti ni pun tak apa. Lulz

Pengsan dek kecantikan pantai.
Kalau bercuti ke Sabah ni, kata orang tak sah kalau tak pekena seafood dia (memanglah orang, takkan binatang pulak) HAMBARRRRRR. Sebabnya seafood dekat sini murah, kot. Murahlah sebab encik ayah yang bayar. Hiks, tapi sebelum ber seafood. Encik ayah bawak kami semua berjumpa dengan kawan lamanya, kawan se-unibersiti. Memang ori darah Sabah Bhaaa. Nama dia aku dah lupa, HAHAHAHA. Kita namakan dia Encik Bha jelah. Jadi, Encik Bha bawak kami semua berjalan sekitar Kota Kinabalu, memang cantik Kota Kinabalu ni, bersih je nampak.

Berjalan. . . . 


Bangunan belakang ni bangunan Yayasan Sabah, aku pun bajet mengamatilah bangunan tu. Nama pun student architecture, lepas menilai segala material dan nilai estetik bangunan tersebut aku pun jenjalan ke belakang bangunan tu. Guess what? Pemandangannya berganda lagi lawa

Bersama cik kakak.
Lawa kan? Tak? Pergi mampos. Ada orang komen gambar ni dia kata aku dekta luar negara, HAHA, see? You don’t need other countries, Malaysia ada semua liao. After that, amboih. Speaking. Selepas itu, kami semua makang malam. Seafood dowwwwwwwwwwwwwwwwwwh.

eh eh eh ewahh.

Nak dijadikan cerita dekat restoran tu ada persembahan tarian tradisional orang Sabah, lepas mereka berjimba jejoget. Dia ajak penonton menari atas pentas, aku apa lagi, berlakon buat-buat tengah makan. HAHAHAH, tak nak aku jejoget atas pentas. Tunggu aku hanimun dengan cik isteri, nanti aku jejoget dengan dia atas pentas. Lulz


-The End of part 1, tengok mood aku kalau nak sambung part 2,3-












No comments:

Post a Comment