Thursday 10 January 2013

REFRESH



Bismillah. .

-Dengan Nama Allah-



“ Bagai raksasa (Eh, kejap. Rasaksa or Raksaksa or Rasasak?)  yang dihidupkan kembali oleh manusia yang tidak mengenal erti boundary, selamba mereka memasuki tanah jajahan aku. Masuk bilik tidur aku, buat bising. Macam mana aku tak terbangun dari tidur yang Maha lama ni “  

                                                                                                                                  -Blog Sapik-





Cukup panas jari untuk memulakan blog, lama tak update blog ni. Tengok balik blog, post yang terakhir waktu raya tahun lepas. LAMA GILA



Jadi, kenapa nak start blog balik?


Sebab minah ni, NADIRA NATASHA MOHD NAZAN. (Tekan nama dia, keluar blog dia. Magic ! ) Betul ke tidak aku eja nama dia, tapi orang panggil dia Tasha lah, kenapa dengan dia? Apa kaitan blog kau dengan dia? Woih, sabar! Sabar! Soalan demi soalan, jangan main tembak soalan. Dipendekkan cerita, Tasha buat aku rasa jeles sebab Blog dia dipenuhi dengan macam-macam cerita, sedangkan Blog aku pi mai pi mai tang tu jugak. So, Tasha, berbanggalah. You just made me write something, susah gila nak buat aku menulis tahu tak?!



Hm,



Jadi, jarak masa antara 23 August 2012 dan 10 Januari 2013, 120 hari. Banyak benda yang berlaku, memang tak habis satu malam kalau aku nak cerita semua kan? Aku highlightkan apa yang menarik sepanjang tempoh tu. Okay




UIA, Gombak


Seingat aku, masa post terakhir tu aku masih lagi belajar di CFS, IIUM atau orang Melayu panggil Pusat Asasi, Kot. Syukur kepada Tuhan semesta alam, aku dapat melanjutkan pembelajaran aku dalam jurusan Architecture di UIA, Gombak. Walaupun wujud secebis rasa dalam diri ini yang mengatakan bahawa aku sebenarnya tidak layak untuk meneruskan pembelajaran dalam jurusan ni.

Tapi, mungkin Tuhan nak cantikkan lagi cerita hidup aku, takkan nak Happily ever after je kan? Cliché la, Tuhan pun tahu hamba dia tak suka benda boring-boring, lalu dicampaknya aku ke UIA ni, memang menarik.


Nampak gambar kat atas? Tahniah, anda tak buta lagi.

Itulah sebahagian daripada student Architecture, Nampak T-square menjalar-jalar macam nak tikam orang. Identiti kami tuuu. Ada yang bukan architecture tapi kisah apa, mereka semua kawan, dan itu adalah highlight yang seterusnya !




FRIENDS-KAWAN-SAHABAT-LAN XIAO


Kawan, besar pengaruh mereka dalam hidup aku. Aku ingat lagi apa yang mak ayah aku pesan sebelum mula zaman sekolah aku.


“Pilih kawan elok-elok, jangan kawan dengan orang yang tak elok”
“Bukan tak boleh kawan langsung dengan orang yang tak elok, buat kawan Hye Bye je”


Besar impak nasihat mak ayah aku tu, sebabnya setiap kali aku nak berkawan dengan seorang manusia, kata-kata tu terngiang-ngiang dalam kepala. Memang betul kata mak ayah, tapi sekarang aku dah belajar kat Universiti, hampir semuanya elok perangainya. Tak susah nak cari kawan, malah senarai kawan tu bertambah bila dah duduk kat Universiti.  

Hey, berkasih biar satu berkawan biar beribu kan?




Satu perkara yang aku belajar bila nak berkawan ni,


Jangan Nilai Sesebuah Buku Itu Melalui Kulit Depannya


Percayalah, aku dah cuba teori ni banyak kali, memang betul. Janganlah sesekali kita nilai seseorang itu melalui pandangan pertama kita, kita tak pernah kenal dia. Kita tak tahu kisah dia, cerita yang Tuhan buat untuk dia. 





2012 bertukar menjadi 2013


Orang heboh kata 21 Disember 2012 kiamat, aku siap pegang tasbih malam tu. Okay, gurau je. Aku tak percaya langsung ramalan tu, memang banyak tanda-tanda kecil. Tapi. . . Ah, aku bukan buat blog agama nak cerita detail pasal ramalan tu. Tapi kita ni dah besar panjang. Janganlah percaya bulat-bulat apa yang kita baca kat internet tu, dunia internet ni besar. Teramatlah besar, jadi hati-hatilah bila navigate sekitar dunia itu ya.


So? 2012, apa yang menarik dalam tahun ni, selain daripada ramalan kiamat. Oh ya, OPPA GANGNAM STYYYYLE ! Okay, selain dari tu. Hidup aku tak ada beza pun, sama. Angka dari 19 bertukar jadi 20. Itu je lah. Angka je berubah, orang disebalik angka tu tetap sama. Perangai sama, lagi teruk rasanya.


Malam tahun baru tak sambut pun, sebab ada final exam. Terperap dalam bilik, bajet nak study. Tapi disebabkan New Year, kitorang pun buatlah something special & different,




Kitorang main kad sambil pasang lagu Final Countdown.






Kucing tu macam GRO yang mendampingi player



LEGEN-DARY


Enough said.







Special request, ada orang suruh nama dia di-mention di sini


SYU



Ha, puas hati?







4 comments:

  1. Mana nama aku ? Nak jugak !

    ReplyDelete
  2. Yg gambar pg sungai tuh, sape yg duk tgh2? Hakkim ke Haris? Colour macam Haris, baju mcm Hakkim. hahaha. Tapi sumpah style.

    ReplyDelete
  3. hoi hoi hoi. kaler macam haris tu sebab dah diedit hokeh. =..=

    ReplyDelete
  4. ouh okay baru baca blog kau. har har har. :'D

    ReplyDelete