Sunday 9 June 2013

20

 
Jadi, tajuk entri kali ini umpama tajuk lagu yang tak membina yang dinyanyikan oleh Taylor Swift, atau mungkin sahaja aku ingin mengumumkan pada seluruh pembaca bahawa umurku sudah mencapai angka 20, woo!

Tapi sekejap, perlukah aku bergembira bila umurku semakin meningkat, jika digunakan teori kanak-kanak yang teruja ingin membesar, maka wajarlah aku bergembira. Tapi apabila fikir menggunakan akal fikiran yang tak seberapa ni, umur aku semakin pendek sebenarnya. Tak masuk akal? Kenapa pula, kalau ditakdirkan oleh tuhan yang maha esa aku mati umur 36 dan umur aku sekarang 20, setiap tahun angka tersebut makin mendekati angka 36, tak ke makin pendek umur aku?

Kalau teori aku ni diguna pakai, maka tiada lagilah ucapan “semoga panjang umur” bila menyambut  hari jadi seseorang.  Wow, deepnya aku.

Bukan pasal umur yang ingin aku ketengahkan, tetapi soal  bagaimana tindakbalas aku sebagai seorang manusia yang sudah berumur 20 tahun.



Tiada lagi tidur tanpa memikirkan apa ada di TV pagi esok
Tiada lagi bermain berseronok hingga penat
Tiada lagi menangis kerana tak dapat permainan yang aku inginkan

Yang ada hanyalah tidur sambil memikirkan kerja untuk pagi esok
Yang ada hanyalah buat kerja hingga penat
Yang ada hanyalah menangis kerana penat buat kerja



Okay, mungkin aku melebih-lebih dalam hal ni, tapi secara asasnya beginilah kehidupan sekarang. Tapi aku cuba bersangka baik.


Semua yang ditentukan tuhan bersebab kan, dunia makin laju bergerak. Kita masih nak merangkak?



Bye.

No comments:

Post a Comment