Saturday 12 May 2012

A trip to JB (Part 1)



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Janji tetap janji, post sebelum ni aku dah janji nak update lepas habis Asasi CFSIIUM, so, Here I am. Updating my post. Eeeeeeeee, Teruja gila. It’s been a while since my last serious post,  still warming up. Sebab tulah post aku bercampur-campur bahasanya, tak ada Hiearchy atau Fokus bila masuk bab Bahasa. But who cares right? My blog, my rules. Asalkan kalian semua faham, sudah cukup memadai.

Untuk pengetahuan kalian, Aku dah Berjaya habiskan asasi Architecture and Environmental Design (AED) aku di CFSIIUM dengan jayanya. Kot. No doubt, the most challenging semester ever. Tidur entah ke mana, makan dah tak kisah, Kesihatan jadi no. 2, apa yang dikejar budak-budak AED adalah Gred yang baik untuk projek dan juga assignment yang telah diberi. Bagi mereka yang bukan course AED , pasti korang fikir ,


“Apalah susah sangat AED tu, setakat melukis”

“Pfffttt, kitorang kena Hafal formula, baca buku dan lain-lain..”

“Seronok kot AED, melukis, buat projek, apa yang korang bajet Stress?!”


Pergghhh, Cakap pakai mulut memang senang beb, ce try ambik AED kalau kau ada masa. Eh. Memang Nampak senang, memang Nampak seronok. Tapi itu secara umum, Kau tak Nampak lagi “The Making” dia lagi. Macam Movie, alang-alang Tengah demam Avengers, kita ambil contoh The Avengers. Kau tonton movie berdurasi 2 jam 30 minit tu punyalah Awesome Ke bebeyh, tapi tahu tak berapa lama pelakon tu kena ulang scene yang sama supaya dapat  Hasil yang director mereka dambakan. Nampak tak?

Nampak tak aku dah lari dari tajuk Post?

Okay, cepat-cepat konklusi. AED Best dan Susah.

Trip to JB !

Bukan Johor Bahru, Bukan Janda Bergetah, tapi Janda Baik. Tujuan trip ni diadakan adalah untuk meraikan Studio 1, banyak susah dan senang kami kongsi bersama. Jadi, kami pun bercadang untuk akhiri Semester 3 yang awesome ni dengan trip yang awesome bersama Studiomate dan Lecturer yang awesome.

STUDIO 1 !

 The best part of this trip ialah persediaannya, bagi aku lah. Sebabnya aku dan geng-geng lelaki yang lain ada banyak benda yang perlu difikirkan. Makanan, Pengangkutan, Tempat tinggal, Aktiviti dan bermacam lagilah. Malam memang tak boleh tidur, sebab excited dengan trip ni. Maklumlah, pertama kali jadi AJK. Bila dah jadi AJK mestilah semuanya kita nak jadi perfect kan?

Masalah pertama yang kitorang kena fikir ialah bab pengangkutan, tup… tap… pap.. jupp..  (Fast forward) Akhirnya kitaorang Berjaya menyewa kereta Viva dua biji , Guna kereta Bro Rafaei dan Superbike Mamat bawah ni.

Hye adik manisss

Jadi kami bertolak pada hari Sabtu, bersamaan 5 Mei 2012. Berpandukan Bro Rafaei, kami pun bertolak. Ada lah sesat sekejap waktu perjalanan ke sana. Alah, biasalah tu, kalau tak sesat boring lah. Tak challenging !

Satria Neo Bro Rafaei. Tergoda?
Kami follow belakang.


Perjalanan ke sana mengambil masa lebih dari 3 jam. Lama ? Memanglah lama, sebab sebelum ke Janda Baik, kami ke Tesco dulu. Shopping barang :3

Ridiculously photogenic guy.


Walaupun trip ni hanya 2 hari 1 malam, Barang yang kitorang beli macam nak camping seminggu. Nafsu shopping tu bergelora bagai ombak di lautan, lagi-lagi shopping dengan lecturer. Bajet macam dia nak belanja lah. Tapi dia tak belanja pun.

Cut the story, panjang sangat. Jom bertolak ke JB semula. 45 minit perjalanan, akhirnya kami sampai ke tempat yang dituju. First impression about the chalet,

BABI LAWA GILA !
Babi tak ada, Cuma perkataan tu je yang mampu diluahkan tatkala menjejakkan kaki di situ. Aku pun dah lupa bila kali terakhir aku ke tempat-tempat semula jadi macam Janda Baik, so, memang perasaan waktu tu seronok gila. Belum masuk bab Chalet dia lagi, Chalet dia macam hotel 4 bintang. Serius. Bukan calang-calang Chalet. Trimas kepada Bro Rafaei kerana Berjaya mendapatkan Chalet tu.

Bonus thing about this chalet is that, dia complete dengan Pool dan Astro. Oh, ya. Dan juga wi-fi.  Ya, wi-fi, Anda tak salah baca. Siapa sangka ada Wi-fi kat tengah-tengah hutan. 


Pakar. Nuff said.

Malang sekali, Gambar pemandangan  sekitar Chalet ni tak ada langsung.  Cilake.

-Part 1 habis-


1 comment: