Sunday 13 May 2012

Trip to JB (Part 2)


-Bermulanya Part 2-


So, we reached there and it was heaven. All the facilities, the panorama, the river. Perfect. Memandangkan trip kami hanya mengambil masa 2 hari 1 malam sahaja, jadi semuanya agak terburu-buru  supaya semua aktiviti boleh dilakukan. Walaupun agak terburu-buru, kami semua enjoy, lagipun Kami budak AED, Bab-bab terburu-buru ni memang makanan kitorang (“-.-)

Jadi lepas sampai Janda Baik dan selesai check in, semua cepat-cepat refreshkan diri, mandi gosok gigi, gosok badan dan gosok benda lain. Kaum hawa lagilah kena cepat sebab perlu bersihkan ayam-ayam untuk BBQ malam nanti, ayam mana boleh bersihkan diri sendiri ye dak? 

Lihatlah muka Bahagia kanak-kanak ni

Apa? Lelaki tak buat kerja? Perghhh. Lu jangan buat andaian sesuka hati. Selain daripada melayan Pool sepanjang masa, lelaki turut tolong memotong sayur. Susah kan? Haaa, lelaki memang baik hati, suka sangat buat kerja berat dan menyusahkan (Tangan atas bahu, Mata pandang atas)

Lelaki juga rajin pergi ke kedai kalau kaum hawa memerlukan sesuatu, Pantang dengar ada barang lupa beli, lelaki semua sanggup ke kedai, sebabnya nak bawak kereta ja. Lagi-lagi si Afiq Mazri, sangap bawak kereta. Tak ada lesen buat-buat ada lesen, bawak kereta macam SETAN. Kau nak bunuh orang ke haaaa?!?

Gembira buat orang sakit jantung
Lepas siap semuanya, we proceed to our next activity, which is MANDI SUNGAI ! wohoooo! Seingat akulah, memang dah berkurun lamanya aku tak mandi sungai, sumpah dah lama. Rasanya waktu aku kecik dulu last sekali aku mandi sungai. Jadi, masa mandi sungai kat Janda Baik ni, akulah yang paling Jakun. Lompat sana-sini, main air, berlakon tarzan. Hey, I’m having a time of my life, release tension !

Letih mandi, sampai kena angkut
 Agak-agak semua dah letih mandi sungai, kami pun berhenti. Memang seronoklah, walaupun sungainya tak dalam mana, kitorang berlakon dalam je lah, buat-buat lemas
( ‾)╮┳━┳ ( ‾) ┻━┻.

Sudah tiba masanya, malam menjelma, perut semua berkeroncong. Balik saja dari sungai kami terus bakar arang. Memang dah tak sabar dah, agak-agak arang dah boleh siap bakar. Tanpa segan silu terus letak ayam. Bab-bab bakar ayam ni memang semua dah tahu siapa yang pakar. Tak ada seorang pun yang berani lawan pakar ni. Memang pakar dalam segala pakar. Nak tengok pakar BBQ? Scroll bawah..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tan Sri Dato' Dr. Chef Ahmad Syafiq
Apa? Tak percaya? Nak bukti? Tengok saja ayam-ayam di bawah ini menari keriangan.

Sedapnya kami

Sebenarnya, kitorang semua dah salah teknik BBQ, BBQ patutnya dilakukan secara shift. Macam seorang bakar, dan yang lain makan, lepas orang tu dah habis makan, dia ganti bakar pulak. Faham? Tapi yang kitorang buat ialah, seorang bakar sampai habis ayam-ayam tu, dan yang lain semua tak boleh makan selagi belum habis bakar. Kenapa kitorang buat macam tu? Tanya Bro Rafaei ¯\(°_o)/¯

In the end, Hasil daripada teknik kitorang ni, semuanya jadi separa zombie.  Makan tak ingat Tamadun.






Apa yang penting, Semua mengakui kesedapan AYAM yang dimasak oleh PAKAR. Oh lupa, Malam tu jugak ada Makanan istimewa yang lain, ada Bihun Goreng ! Dia jadi istimewa sebab dimasak oleh cik Huda Razali kita. Trimas Huda !

Alhamdulillah, lepas selesai makan. Bermulalah agenda malam itu, No specific activity, just us chilling out but surprisingly it is fun ! Banyak jugaklah game-game yang kitorang main malam tu. Pernah tengok SUPER SPONTAN? Haaa, ada segmen dalam Super Spontan yang diorang  kena sambung perkataan supaya jadi satu cerita.


Orang 1 : Saya

Orang 2 : Suka

Orang 3 : Sepak

Orang 4 : Orang

Orang 5 : Gila


Siapa yang gagal sambung perkataan, adalah hukuman dia. Hukumannya biarlah rahsia.

Malam tu jugak, kitorang semua main Truth and Dare. Memang tak boleh dinafikan, Game yang kontroversi tahunan. Macam-macam rahsia gelap dan terang bocor malam tu. Tapi kebanyakannya positif . KOT. Memang bagus game tu sebenarnya, banyak benda yang kami semua pendamkan boleh diluahkan malam tu. Oh dan tak lupa juga malam tu ada surprise untuk aku, Terima kasih untuk Nadiah dan Zaid sebab sudi bagi hadiah sempena hari jadi aku yang jatuh pada 3 Mei 2012. Hadiah tu akan aku simpan sampai bila-bila, ada tali leher kan? Tali leher tu kalau masih elok lagi nanti. Aku nak pakai waktu Graduation day Nanti. Insyaallah.


2nd Day

Indah betul pagi Ahad, Burung berkicauan, air sungai mengalir, pokok  menari keriangan. Tengok jam pukul 10. Cilake.

Lambat bangun rupanya, mungkin kerana seronok sangat malam tadi, tidur pukul 3 pagi. Tapi apa-apapun , perut berkeroncong. Bangun, mandi, siapkan sarapan untuk semua orang. Pagi tu jugak kitorang ambil kesempatan untuk bergambar. Sesi fotografi terakhir la katakan.

Najib dan Gundik-gundiknya
Rendam kaki di Sungai, Okay tak nampak Sungai -.-
Gangster Kampung Pisang


-Part 2 habis-




P/s : Ini part yang terakhir, untuk Ahli Studio 1 yang sudi baca post ni, I just want to say that I felt grateful to Allah for giving me a chance to meet you all. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku, Maafkan segala salah dan silap aku. Kalau terasa hati dengan aku, aku minta maaf sangat-sangat. Doakan aku Berjaya dalam hidup, aku doakan korang Berjaya jugak. Till we meet again. !








No comments:

Post a Comment