Monday 21 November 2011

Harimau Muda

Seperti kalian semua sedia maklum , malam tadi Harimau Muda berjaya menjadi Juara sukan sea 2 kali berturut-turut setelah berjaya mengalahkan mereka Indonesia menerusi sepakan penalti . Secara jujurnya , memang lah puas hati kerana berjaya membuat penonton di Stadium Gelora Bung Karno yang majoritinya rakyat Indonesia tergamam seketika. Pujian kepada cameraman juga harus diberi kerana berjaya merakam adegan penyokong Indonesia yang cuba menahan kesedihan dan air mata dari mengalir , Priceless.



Betapa semangatnya gua, baru pukul 4 , uniform dah disarung


The reason why i said it is priceless is because , most of the Indonesian football supporter are obssesed with their National team . Kutuk caci maki dilemparkan kepada rakyat Malaysia kerana tidak berpuas hati dengan kejayaan Malaysia dalam arena bola sepak sejak kebelakangan ini. Saya tak cakap kosong , ni salah satu tweet yang aku terima dari penyokong Indonesia :

RT  tapi INGAT. saya berjanji akan membunuh setiap orang MALAYSHIT yang saya temui!!! WAJIB HUKUMNYA MEMBUNUH ORANG MALAYSHIT

Bila ditanya apa agama dia , dia dengan selamba menjawab dia ni Islam, Mengaku Islam tapi bermusuhan bagai nak rak dengan saudara muslim yang lain hanya kerana bola. Bola memang la kadang-kadang boleh buat kita rasa bengang kalau kalah . Tapi ianya masih sukan , macam sukan lain juga , Pernah korang nampak orang buat rusuhan sebab kalah tournament Bowling?

Tak pernah kan? 

so? why should we fight over a football match , ada menang , ada yang kalah. Kau ingat aku tak pernah rasa kekalahan ke beb? 6-1 Manchester kena belasah. Gua ingat sampai mati la.

******************************************************

Back to Harimau Muda, walaupun menang semalam , tapi secara jujurnya , harimau muda masih banyak kelemahan , anda semua boleh compare sendiri . Lihat team Indonesia dalam menyempurnakan hantaran bola. Nampak kemas bukan? Cuba lihat semula hantaran bola dari Harimau muda , sama ada melalut , atau apabila dah dapat , senang sangat dirampas semula.

Dari segi penyudah juga Harimau Muda masih lemah , semalam boleh dikatakan banyak peluang yang diterima Harimau muda, tapi hampir semuanya mengecewakan. 

Apa-apa pun Harimau Muda , tahniah kerana berjaya membawa pulang satu lagi emas untuk Negara kita. walaupun kita tidak menang secar keseluruhan Sukan Sea , trust me , menang bola umpama menang seluruh tournament . Sumpah EPIC!

Work harder Harimau Muda!

p.s : Apek golden glove! 

No comments:

Post a Comment