Monday, 10 October 2011

Syurga ke , neraka ?

Jam tepat menunjukkan pukul 7.35 petang , Habis je menunaikan tanggungjawab , menghadap pc , itu je lah kerja aku semenjak seminggu cuti semester ni , tebiat agaknya , Duduk kat rumah ni takda keje lain , pc , makan , tidoq , main ngan kucing selitkanlah sekali mandi dengan solat , cukup la satu hari. Rasanya kucing aku pun dah boring tengok muka aku, Kalau la kucing tu boleh bersuara,

"Tak habis-habis mamat ni je, dasar sampah masyarakat!"

Aku senyum je bila mendengar kucing aku mengiau (meow?) , tapi di sebalik -meow itu , mungkin satu kutukan , Hmph! kucing tak mengenang budi!

"kekekek" gelak kucing sorang-sorang.

oh~ , apa yang aku merepek ni , okay , pernah tak , korang termenung , mengenangkan nasib korang , macam mana masa depan korang nanti , maksud masa depan yang cuba aku cakap ni ialah masa depan di alam lain tu , Eh eh eh! , jgn la belah , dah terlanjur baca tu , biarlah sampai habis , sekali sekala baca pasal agama , daripada layan mende tak senonoh kat tab yang lain tu , cewah~

ya , masa depan di alam lain , macam mana gamaknya , semua orang nak syurga , siapa yang tak nak? ko pergi cuba tanya abg kedai runcit , nak syurga ke neraka?

"eh, mestilah mau syurga ma"

Tanya acik jual nasi lemak kat tepi jalan,

"Insyaallah nak, mak cik teringin nak ke syurga"

Tanya mapley kat kedai mamak,

"Mau minum apa adik maniss?"

Eh, silap orang, Tapi secara keseluruhannya , semua umat manusia mahu syurga , heaven , Jannah!

Tapi persoalannya, amalan kita ni boleh sampai ke tahap ahli syurga?


Krik krik krik..
(sunyii~)

Yang tu je la , skema jawapan kita semua , dasar cengkerik (-_-") . Aku pernah dengar kisah tentang satu riwayat tentang syurga, di mana seorang hamba Allah telah meninggal dan dibangkitkan untuk ditimbang amalannya , sepanjang hidup Hamba Allah ni , banyak benor~ amalan yang dilakukan , pendek kata hidup dia hanya untuk ibadat , Tiba masa timbangan amalan , si Hamba Allah ni dengan kereknya meminta pada Allah supaya memasukkan dia ke dalam syurga kerana amal ibadatnya , bukan kerana rahmat Allah , punyelah over confident ,

Jadi , Allah pun melaksanakan timbangan amalan ke atasnya , lepas timbang semua amalannya , berat sebelah la bahagian amalan dia tu , Allah kemudiannya menyuruh malaikat mengambil sebiji mata hamba Allah yang kerek itu untuk diletakkan di sebelah lagi timbangan , timbang punya timbang , sebiji mata tu lagi berat dari jumlah keseluruhan amal ibadat dia, Ha!

Terkejut beruk hamba Allah itu , hamba Allah tu pun akur , lalu meminta supaya dimasukkan ke syurga dengan Rahmat Allah. lebih kurang begitu lah ceritanya,

Mata oh mata, awat hang ni berat sangat~
************************************************

Sekarang cuba kita lihat cara hidup kita , ada iras-iras ahli syurga tak? Kalau aku , memang jauh sekali la , tapi tak bermakna kita perlu berputus asa , walaupun kita takkan dimasukkan ke syurga kerana ibadat kita , But , we have to earn Allah's blessing by implemented ibadat to Him.

Hidup ni memang terlalu singkat untuk berfoya-foya kat dunia ni,

"alaa, kecoh ar lu mat, bajet alim, hidup ni kena ar seronok!"

Eh , siapa bajet alim?! ar siapa!? aku cili mulut tu kang. Memang la hidup kena seronok , Islam mana menghalang penganutnya untuk berseronok , buktinya? tu hari raya tu , yang hang tertunggu-tunggu tiap-tiap tahun tu. Itu hari berbahagia , hari berseronok, seronok tu boleh , tapi jangan melampau , Kalau hari-hari nak seronok , hampa pi beli rumah kat disneyland la, tinggal kat sana, joget sampai mampuih, (awat ckp kedah ni)

Hidup ni kadang-kadang kena serius gak , tak boleh nak berseronok ja , dalam berseronok tu pulak , kena lah jaga hukum hakam Islam . Jaga batas pergaulan lelaki ngan perempuan , Tak payah la kapel-kapel ni , simpan dalam hati je , cukup hari bulan kahwin la nanti , nak buat apa pun , buat la. HALAL.


*****************************************

Syurga ni seronok wo, serius sumpah gua tak tipu, nak bukti jugak? aisy~ leceh betul

Rasulullah SAW bersabda : "Tidaklah dunia ini dibanding kenikmatan akhirat kecuali seperti salah seorang diantaramu yang mencelupkan jarinya ke dalam air laut, maka lihatlah berapa banyak air yang ada di jarinya." (HR Muslim). 

ha, nikmat syurga ni, hampa bayangkan satu laut tu , pastu celup jari hang yang x seberapa besaq tu dalam laut , pastu bawak keluar balik , lebihan air yg kat jari tu , itulah nikmat dunia, air laut tu, nikmat syurga. Amacam? baik punyaa~ kan?

Senang kije, aku listkan secara pendek nikmat syurga

-Di syurga , kita selalu muda, xkan pernah tua ( x payah pakai simply siti dah)
-Nak makan apa-apa , roger aja, kau xkan kenyang , xkan buat kencing dan berak dah
-Baju sutera yang tebal sebagai pakaian kita
-one more thing, Bidadari~ *wink2*






banyak lagi sebenarnya nikmat syurga ni, memang sampai esok x habis kalau nak dibuat blog, nak tahu banyak lagi, search kat google, Hambik ko, baca sampai berbuih mulut,




***********************************************

Neraka? banyak jugak cerita dia,(cuma x beberapa manis utk didengar la)

Dari Abu Hurairah r.a, Hadis Riwayat Muslim

Ada satu masa, Abu Hurairah sedang melepak atau sedang bermesra-mesra dengan Rasulullah S.A.W,
Tiba-tiba mereka berdua terdengar benda jatuh, kuat pulak tu.


Rasulullah: Tahukah kau suara apa itu? 
Abu Hurairah: Allah dan RasulNya lebih tahu
Rasulullah: Itu adalah suara batu yang dilemparkan ke neraka semenjak 70 tahun yang lalu, dan ia sekarang masih meluncur ke (dasar) neraka.
 
Haaaa~ punya la dalam neraka tu.

Kalau penghuni neraka-neraka ni lapar atau haus, mereka sume xde pilihan lain melainkan memakan buah zaqqum , minum pulak air yang super mendidih , sampai usus-usus mereka hancur. Buah zaqqum tu pulak , nak tahu betapa teruknya buah ni , Rasulullah pernah bersabda  ,

"Seandainya setitis zaqqum jatuh ke dunia, tentu akan memusnahkan kehidupan penduduk bumi. Lalu bagaimana dengan orang-orang yang menjadikannya sebagai makanan?." (HR Tirmidzi).

Mari lah kita beramal sekali ye, kita pakat masuk syurga ramai-ramai , baru syok! Insyaallah .

Wallahualam , :')

No comments:

Post a Comment