Sunday, 9 October 2011

Kenangan kanak-kanak? (part 2)

Pada malam tu, penat aku berlari , dengan harapan 'benda' tu tak kejar aku lagi . Macam-macam ayat aku baca, semua ayat yang terlintas kat kepala aku semuanya aku bedal

"Astaghfirullahhalazimmm"
"Allahulailahaillahuwalhayyulqayyum"
"Allahummabariqlana"

Cheit, sampai doa makan pun aku terbaca dek takutkan sangat 'benda' tu  (-_-")
Aku tak fikir panjang, aku terus cari port nak menyorok, haisy~ maklumlah, bukan selalu kena kejar ngan 'benda' tu.

Akhirnya, jumpa gak port yg sesuai, Penat jugak berlari ni, seingat aku, kali terakhir lari macam ni masa kat skolah menengah je. Itupun waktu sukaneka, 100metre, dapat tempat last gak. Tiba-tiba aku rasa belakang tengkuk aku sejuk.

"Cilake, dia jumpa aku gak" bisik aku,


Tiba-tiba satu bdan aku digoncangnya!

"Apik! Apik! bangun subuh!!"

Ahhhhhhhhhhhhhhhhh~ sabor je laaa
Mimpi rupanya, HAHA


************
Maafkan saya ya, dah takde idea nak wat intro macam mana, anyway, Kita sambung balik kenangan kanak-kanak, (yeay!)

gedik (-,-)
ikut suka hati aku la!



Haaaaa~ ingat tak benda-benda alah ni? waktu kecik-kecik dulu, minat beno kat mende ni. Beli pulak bukan sebab makanan dia sedap , Beli sebab nak mainan dia je , Ingat lagi aku waktu beli dulu , Bila dah dapat tu , segala isi dunia aku tolak ketepi , eksaited nak tahu mainan apa pulak yg dapat kali ni, Coklat kat dalam memang dah terbang merata la , Dia ada dua kemungkinan ja , dapat mainan best or mainan x best ja,

Kadang-kadang dapat yang memang best la , kadang-kadang hancur! Hancur luluh hati bila dapat mainan yang entah pape , nak beli lagi satu kotak xde duit , time tu baru la nak pandang ke coklat hok yang buang tadi,. kesian kau coklat. HAHA

Perihal makanan dalam kotak ni, lebih kurang serupa ja macam tikam. Dok, bukan tikam orang tu , tikam yang ni



Punya cantik gamba aku bagi

Tapi , dengar ura-ura megatakan main tikam lagu ni , haram hukumnya , iye lah , niat kita nak dapat patung dragonball yg sumpah cool gila semat tu , masukkan duit syiling , pusing-pusing tombol , tiba-tiba keluar robot plastik haramjadah ape entah , hangin je,. Rasa macam nak hentak-hentak je mesin ni time tu

 
Ini ingat lagi? Dulu seronok gila kot main benda ni , untuk siapa yang tak tahu  apa ni , ini dipanggil belon tiup "kot".  Tapi secara jujurnya , aku beli benda ni dulu bukan sebab nak buat belon , tapi nak bau cecair dalam tiub tu , Ah~ gian .
 
 
 *********************************


Sambung dalam skolah balik ,

Dulu-dulu masa darjah 1 darjah 2 , Lori milo lori vico rajin singgah ke sekolah , bagi air free , Time sekolah menengah tak ada pulak , pelik. Tapi , air ni dia kata sorang satu je , Ah~ peduli apa aku , lepas ambik satu , tunggu setengah jam , beratur balik , wat muka toye , Abg tu mcm serba salah nak marah ke hape , terpaksa gak la bagi air lagi satu kat budak ni. Lagi satu yang best pasal lori milo datang ni , dapat ponteng kelas kejap . Dapat lah menyetan sebentar.

Okay, aku tahu, ni bukan lori milo, -,-

Rancangan makanan tambahan, (RMT) , siapa yg lahir zaman 90 an tu tahu lah RMT ni apa, bukan RTM ye, RTM tu roti telur mamak ye, RMT tujuan dia adalah untuk meringankan beban pelajar yang kurang bernasib baik dengan memberi makanan percuma dan juga susu kotak yang super sedap. Selalunya , akan ada sorang wakil pelajar kat skolah , pengawas la selalunya , dia akan datang dari satu kelas ke kelas yang lain nak bagi Kad RTM ni , namelist dah ada , cuma tinggal nak bagi je

waktu ni , pandai-pandai la nak buat baik dengan kawan yang dapat RMT , siap ada agreement tu

Ali: "eh, abu, kalau kau x dtg esok , bagi je la RMT kau kat aku"
Abu: "ekau ni sapo?"
Ali: "Heheh"



Time skolah rendah dulu la buku memang laris dijual , dek kerana minat membaca yang mendalam , Masih ingat salesman berpakaian segak datang ke kelas , edar borang yang penuh dengan list buku ,

"Adik-adik esok abg ada jual buku ye , balik ni, adik tick mana buku yang adik nak , esok bawak duit"

sumpah menipu abang ni, dari darjah 1 sampai 6 , borang yang dia bagi tu sebenarnya x guna pun. Penat aku tulis cantik-cantik kat  box dia yang kecik-kecik tu , last-last buat alas kaki je.

siap ada tarikh gitu
************************

Ada satu game ni, memang menjadi kegilaan romeo-romeo di luar sana , tak tahulah korang panggil apa kan , tapi kat sekolah rendah aku , diorg gelar ceper , mula-mula dengar perkataan ni , agak lucah rasanya , tapi tolak ketepi perasaan tu , main nye macam snooker , cuma pakai penutup botol kaca tu

Hambik, berkaliber sungguh,
sumber : nama blog tertera

Ada lagi satu game , yang x kurang hot nya di kalangan budak-budak waktu skolah rendah , aku x tahu nak panggil apa game ni , Kad tepuk? selalunya dia jual kad tu masih bersambung-sambung , so , kena pisah-pisahkan la (seronok gila koyakkan kad tu) , kad dia kecik-kecik je , lepas tu  , jumpa kawan , buat bet , sorang letak 5 kad , lepas tu cuba tepuk kad sampai terbalik , macam-macam taktik tangan la keluar , pelik-pelik semuanya. Bila dah menang , bajet tunjukkan koleksi rampasan , siap bergetah lagi.


teknik biasa , pffttt

Ada satu kisah gelap dalam hidup aku sebenarnya , korang tahu tak kad-kad yang ada gambar wrestler tu , dulu aku minat gila wrestling ni dari darjah 1 sampai form 4 , form 5 baru sedar , itu sandiwara belaka! T.T
Anyway , time skolah rendah dulu , aku ada singgah kat kedai acik ni , tiba-tiba ternampak dia jual kad-kad wrestler , rambang mata dibuatnya , Aku mula ambik satu , x silap aku 50 sen satu , lepas amik satu , nmpak yg lagi power pulak , amik satu lagi , sedar x sedar dah sampai RM5

Skolah rendah mane ade RM5 beb , org kaya je bwk RM5 g skolah rendah , aku pun pujuk acik tu , kata nak bayar esok , acik tu okay je, dia kata okay,  sampai habis sekolah rendah aku x bayar-bayar . Punye cilake perangai aku , tapi aku rasa bersalah la jugak , waktu form berapa entah , aku nak bayar balik kat acik tu , pergi-pergi , kedai dah xde , aku just niat sedekah kat masjid je, Maaf ye cik :)


I nak milo ais~

********************************************

Chewing gum yang best


  
Jelous gila siapa yang ada pencilbox ni dulu.
Pencilbox paling cool zaman dulu , ada sharpener , ada pemadam , ada tempat letak barang , ada gunting , ada magnett!



-TAMAT-

p.s: Byk lagi sebenarnya, tapi biarlah ia menjadi kenangan yg sentiasa mekar di hati kita

6 comments:

  1. hahaha.
    aku mrasa smua tu wehhh.
    knangan mnis time budak2. :D

    ReplyDelete
  2. tu la, rasa cam nak g balik T.T

    ReplyDelete
  3. This is what we called 90's stuff , budak budak sekarang main iPad , iPhone , -.-

    ReplyDelete
  4. Yeahhhh, hidup 90's .

    Boo teknologi

    ReplyDelete