Sunday, 16 October 2011

Ahmad syafiq sudah kembali menemuiNya,

Pada 17 oktober 2011 , pukul 7.45 pagi , Ahmad Syafiq Bin Mohd Unzir telah meninggalkan kita semua ,




*****************************************

Kejadian di atas berlaku pagi tadi , masa aku tengah tidur , aku mimpi aku mati T.T

Ya Allah , rasa macam betul , suasana dia memang rasa macam betul , Takutnya mati. Mimpi dia macam ni :

Pagi tu aku bangun dari tidur , dengan perasaan yang sama tiap-tiap kali aku bangun , rasa ngantuk , letih , tapi , hari ni , aku rasa pelik , keluar dari bilik aku , aku nampak sekujur tubuh terbaring dekat luar ruang TV.

"Rupa macam aku"

Kelihatan adik aku bersungguh-sungguh cuba kejutkan aku , tapi aku tak bangun-bangun , aku yang tengah berdiri ni langsung x dilihatnya , aku invisible ke? Dari situ aku dah mula sedar , Ya Allah , aku dah mati ke?
Perasaan masa tu bercampur aduk , sedih , takut , gembira . Aku sedih sebab x sempat nak ucap selamat tinggal kat semua orang , Aku takut sebab lepas ni aku akan keseorangan bawah tanah dengan berbekalkan amalan yang ciput je , Aku gembira sebab aku tak rasa sakit langsung waktu nyawa aku ditarik , .

Masa aku tengok mayat aku tu diuruskan , Aku tak fikir apa-apa , aku fikir pasal amalan aku je , Ya Allah , cukup ke?

Aku tetap beristighfar , bertakbir dan baca semua jenis ayat quran yang aku ingat semata-mata nak dapatkan pahala lebih sebelum aku ditanam , walaupun aku tahu , lepas kita mati , pintu taubat dah tutup , amalan kita dah terputus ,

Tapi aku takut sangat masa tu! Macam mana kena seksa dengan malaikat nanti kat dalam kubur , kerja aku menangis je masa tu , tangisan aku bertambah kuat selepas mayat aku sudah sempurna dikafankan ,

"Dah nak kena tanam dahhh!" 

Aku x tentu arah dah masa tu , Ya Allah , muda lagi aku ni! Kenapa aku mati! aku x sempat habis belajar lagi!
aku tak kahwin lagi! semua soalan bermain dalam fikiran aku ,

Tiba-tiba dengar orang jerit , panggil nama aku

"Apik! Apik!"
"Bangun! Ayah suruh baja pokok!"

Arghh, aku bangun tido dalam keadaan keliru , walaupun aku tahu tadi mimpi , rasa dia .....

p.s: Macam mana rasa sakaratul maut nanti T.T

2 comments:

  1. hahahaha.
    bengonggg glar.
    igtkan btol2. :D

    ReplyDelete
  2. Peringatan-Nya utk yg masih hidup. SubhanaAllah. Semoga kita di tempatkn dlm kalangan 0rg yg beriman. insyaAllah.

    ReplyDelete