Amboi, nampak je tajuk berkhatan, cepat je mata menangkap ye. Tiba-tibe terasa nak ceritakan pengalaman berkhatan (tipu-tipu~, ko curi idea org lain) , Ehem, ape-apa je lah
Maklumlah cuti-cuti sekolah ni kann, (eh, U aku je cuti) xpelah, nevermind ye, Aku story jgk, eksaited nii,
Story berkhatan aku agak berlainan dgn jejaka-jejaka lain pada waktu dulu,
Tengok je kat TV, Buletin Utama, Tunjuk bingkisan budak-budak mandi air sungai,pili bomba, air longkang~
Pakai baju sume semat-semat, macam nak pergi annual grand dinner. Bersongkok, bersamping, berkeris pun ada. Bila sampai je adegan sunat, mestilah dia tunjuk yg dah siap 'dipotong' , xkan nak tunjuk 'the making' sekali Heee~
Semua-sume yang aku cerita kat atas tadi, sumenya aku x dpt. -,-
Dan sebenarnya aku memang x berniat langsung utk sunat pada masa tu,
Ceritanya cenggini,
Al-kisah, pada satu malam yg hening, sedang orang ramai lena dibuai mimpi yg enak. Aku tergaru-garu seorang diri di bilik aku dek kerana terasa gatal, Sedar x sedar, tempat yg aku garu tu membengkak,.
"Gawat ni", bisik aku.
Aku pun mengorak langkah pergi jumpa mama yang tersayang,
Aku: Ma~ gataalll (sambil tunjuk tempat gatal, dekat perut)
Mama: Uissshhh , ni kena ulat bulu la ni (jawab mak aku dgn confident)
Mama: Tu laa, sape suruh main kat pokok tu lagi, padan muka! wekk~ (okay, yg ni tipu je)
Nak dipendekkan cerita , mak aku memanggil ayah untuk ke klinik 24 Jam kat Serendah, dengan niat untuk mengambil ubat, Sampai je klinik , toksah tunggu lama la, siapa la plak demam pukul 2-3 pagi kan, terus masuk bilik doktor ,, doktor pun check-check, main doktor2 kejap. Time nak check kesan garu tu, dia pi suruh aku lucutkan seluar ,
Cilake,(monolog dalaman aku)
Dengan selamber doktor usya sekali aku punya kehormatan. Doktor pun bersuara,
Doktor: "Eh, x sunat lagi!?"
Aku: A'ah (sengih-sengih)
Doktor: Sunat terus la , nak?
Aku: WTF?
ayah aku pula pergi back-up doktor tu, Mengiya-iyakan lagi cadangan doktor, Aku serba salah, Masa tu aku kena buat keputusan yang paling berat dalam hidup aku, -.-
Ayah mula menabur janji-janji dan manifesto mengalahkan Cik Najib dan Pak Anwar semasa pilihanraya,
"alaaaa, nanti ayah beli mainan la"
Terduga sebentar aku, deal yang dikemukakan sukar ditolak, Ah~
dengan x rela, aku pun mengalah,
Cuma satu yg aku bangga semasa berkhatan ni, buat secara live beb, x main la bius bagi tidoo.
X sampai sejam, siap sudeyh~ Style jalan aku mula berubah. Macam koboi dah
HAHA XD
Yang best tentang berkhatan ni, lepas berkhatan, hidup seperti raja wooo,
"nak milo" dushhhh, sampai
"nak nasi goreng" wooossshhhh , siapp
"nak duit" voooosshhh, pelempang
Cuma yang x puas hati nya, abang,adik aku khatan dapat duit dari kawan-kawan ayah, Aku x dapat ape. -,-
*Khatan bagus ye adik2, jangan melawan, ni untuk masa depan korang gak, supaya tidak byk bakteria melepak di *kening2* 'mulut muncung' ketempat tu.
*Khatan juga wajib ye
LOL , aku pun tak main tidur tidur ahhh
ReplyDeleteHAHA, aku lagi ekstrem , at least kau ada gak mandi pili bomba
ReplyDeleteak pling suke bab duit ngan pelempang uh.. haha
ReplyDeleteak sunat kt klinik, skali jmpe kwan ak, tpi buat x knal r, malu shial
haha, buat2 x kenal la kan. Awkard gila jumpa time nak bersunat. :D
ReplyDeletehahahaha . abangnye blog smue kelakar2 ...
ReplyDeletehaha, thanx ;)
ReplyDeletetime ni umur abang berapa ?
ReplyDeletedarjah 3. HAHAHA
ReplyDelete